Menu
Nabi_Adam_a.s. Kisah Adam dalam Al-QuranAl-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 sebagai berikutĀ :
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata:"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau." Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama benda-benda, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman:"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar."
Mereka menjawab:"Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Allah berfirman:"Hai Adam beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu Allah berfirman:"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25
Menu
Nabi_Adam_a.s. Kisah Adam dalam Al-QuranBerkaitan
Nabi Nabi Muhammad SAW Nabila Huda Nabi Isa a.s. Nabila Razali Nabil Ahmad Nabi Musa a.s. Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yusuf a.s. Nabi DanielRujukan
WikiPedia: Nabi_Adam_a.s. http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=... http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/f22a... http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/2:030